Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B, serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau juga boleh membantu mencegah:
- Pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah
- mengurangkan risiko PENYAKIT JANTUNG
- membantu kesihatan membran paru2
- membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia(boron) pada mineral tulang
- membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah
- membantu mengekalkan berat badan
- mengurangkan tekanan penyakit asma
- mengurangkan risiko BARAH
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit kemudian diletakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan rasa kesegarannya.;) Jika diamalkan selalu, ia boleh melicinkan kulit :)
sumber: Utusan Malaysia, Khamis, 21 Januari 2010

No comments:
Post a Comment