Saturday, June 19, 2010

.: Sentuhanmu :.


Istimewa untuk ayah tersyg..

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com 

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Sunday, June 6, 2010

.: Selamat Pengatin Baru AMEER & ISTERI =) :.

Bismilillahirrahmanirrahim..

Hehe..hari ni sy rasa gembira sgt2.. Pertama, kerana shbt sekelas sewaktu di KISAS dahulu, iaitu Ameer Hafidz sudah pun mendirikan rumah tangganya bersama isteri tersyg. Kedua, kerana hari ini sebahagian daripada kami dpt berkumpul kembali setelah sekian lama tidak berjumpa..

Dari rmh, sy bertolak ke stesyen u utk menjemput cik sue tersyg. then trus pegi ke fc sc utk ambik cik nurul tersyg.. lps tu kami bertolak ke kolej 6 utk berjumpa dgn Dr. dzul sudah lama menanti kami di sana..hehe.. Sebelum kami bertolak, kami menunggu cik dayah tersyg bersama vvipnya utk bergerak sekali menuju ke rumah ameer yg berada di Nilai..

Seronoknya dlm perjalanan kami berborak2, bergelak ketawa dan berkongsi mcm2 cerita dan berita ttg semua kwn2 kisas.. =) yelah kn.. dah lama xjumpa.. time nilah kami nk berkongsi sgl2nya ttg diri kami..

Smpai di Nilai Square kami sempat berhenti minum2 kejap utk menghilangkan dahaga smbil menunggu cik awie tersyg.. hehe..time ni pun kami smbg borak2 lagi.. seronok sgt.. time kasih kpd Dr. dzul yg sudi belanja kami semua minum air yang telah kami pesan..hehe..

Akhirnya kami smpai jgk kat rmh ameer ni wpun sedikit tersesat krn kerana sy yg memegang peta xtahu nk baca peta tu..hehe..sian kwn2 yg ikut kat blkg kete Dr dzul..
Smpai je sana, kami jumpa ngan parents ameer terlebih dahulu..then baru jumpa ameer dan isteri.. sgt sepadan & secocok =) rasa gembira melihat mereka berdua..

Tidak lama slps menjamu selera, barulah cik aidah tersyg & cik syitah tersyg dtg.. dan apa lagi.. setelah semuanya ada, kami pun mulalah sesi menangkap gambar.. habis pelamin ameer kami serbu..hehe.. nk dapat berkatlah katakan.. =)

dari kiri: aidah, nurul, syitah, sue, sy, awie, dan dayah.. =)

sebelum nk balik, kami sempatlah tangkap gambar bersama pengantin.. bila lagi kn.. lps ni xtahu bila lagi nk jumpa & kumpul ramai2 mcm ni..huhu..

kenangan bersama pengantin =)

Apape pun, TAHNIAH sy ucapkan pada AMEER & ISTERI.. Alhamdulillah..ALLAH dah mudahkan urusan kalian.. Smg AMANAH yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.. Smg menjadi pasangan yang SOLEH&SOLEHAH dan melahirkan generasi yang dapat memberi manfaat kepada AGAMA dan NEGARA..AMIIN..


Friday, June 4, 2010

.: Peringatan buat diri sy..huhu..:.

  
Memo Buat Si Belangkas
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Ikhwan
Editor: Erma Farida


Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini. Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.

"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang). Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.


Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,

Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta. Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau mengejar cita-cita.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?

Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain.

Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin :

"Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia_Nya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha mengetahui."
(An-Nur : 32)

Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?


Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi: " Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."

Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a : "Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa,

Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

Buat syabab,

Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda : "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).

Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.

Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan, "Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". (Riwayat Ahmad)

Oh, kaum Hawa!

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada_Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." (Riwayat Bukhari)



Monday, May 31, 2010

.: Doa Qunut Nazilah :.

Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah Tuhan sekelian alam

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar dan tolonglah kami atas mereka.

.: Hakikat Rezeki :.

Bismillahirrahmanirrahim..

hm..skarang semua umat Islam sedang menantikan berita terkini ttg konvoi di Gaza.. Perhubungan satelit buat masa ni telah diputuskan.. dan setakat smlm, semua pihak di seluruh dunia membantah tindakan kejam tentera israel LAKNATULLAH yg menyerang sukarelawan2 yang menyertai konvoi tersebut yang tidak memiliki senjata.. sgt kejam! dan sebagai umat Islam yang kerdil, sy di sini hanya mampu berdoa supaya sukarelawan2 tersebut selamat dari tentera israel LAKNATULLAH..

Berbalik pd tajuk di atas, sy ingin berkongsi sedikit tentang HAKIKAT REZEKI.. sbnrnya sy baru dpt berita yg sy TIDAK DITERIMA utk berkhidmat di sebuah matrikulasi sbg tutor.. hampir 2 bulan lbh sy tunggu jwpn dari pihak berkenaan.. br pg td sy dpt jwpnnya..

Bila xditerima, rasa mcm sedih sgt2 sbb sy agak berharap dpt berkhidmat di situ.. Bila dah sedih tu, sy ddk skjp di ruang tamu.. tetiba sy terpandang sebuah majalah yang ada kat atas meja di ruang tamu  iaitu AL-KISAH.. majalah ni lebih kepada majalah keagamaan yang diterbitkan di Indonesia..

Sy tertarik dgn kisah pasangan yang berkahwin atas pilihan org tua mereka.. Kerana AGAMA, mereka berdua disatukan..dalam kisah ini diceritakan jgk bagaimana sshnya khdpn mereka sebagai suami isteri slps berkawin kerana si suami baru shj menamatkan pelajaran di universiti.. Apa yang membuatkan sy rasa hampir nk menitiskan air mata apabila si suami menasihatkan isterinya yang berbunyi:

" Kalau kita ingin cita-cita kita dikabulkan ALLAH, kita harus RAJIN MEMINTA KEPADA-NYA dan BERUSAHA. Kita juga HARUS rajin melaksanakan SHALAT DHUHA dan membaca surah AL-WAQI'AH, agar rizqi kta lancar.."

Subhanallah..sy hampir terpana membaca baris2 ayat ini.. Seolah2 ALLAH nk MENEGUR sy SECARA DIRECT.. ya.. sepatutnya sy kena lebih kuat berusaha dan banyak meminta kpd ALLAH dengan selalu melakukan solat sunat dhuha dan membaca surah Al-Waqi'ah.. kerana HAKIKAT REZEKI itu dtgnya DARI ALLAH.. BUKAN MANUSIA..

Alhamdulillah..lps sy hbs baca kisah pasangan tersebut, sy rasa lebih bersemangat dan xsedih lg.. mgkn REZEKI sy bkn di situ.. dan sesungguhnya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hamba2-NYA.. sy redha.. mudah2an ALLAH mudahkan rzk sy slps ini.. amiin..

Thursday, May 27, 2010

.: CINTA PERTAMA :.

Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Mekar di taman hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galanya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta yang utama
Sayangi diri ini cinta CINTA PERTAMA
Hati ini cinta cinta yang utama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtera

Lirik/lagu : Amar Sabda

Monday, May 24, 2010

.: GRADUAN :.

hm..tetiba teras boring sgt2 sejak menjadi penanam anggur ni.. adalah jgk mintak kat mana2, tp still xdpt jwpn lg.. mgkn blum ada rezeki lagi kot.. sementara minum sarapan pg td, bacalah kejap majalah CAHAYA keluaran JAKIM ni.. mmg byk input2 bermanfaat yang boleh kte dpt dari majalah ni.. sy tertarik untuk membaca rencana GRADUAN MALAYSIA : MATLAMAT DAN ARAH TUJU..

dalam rencana ini, penulis terlebih dahulu mengupas tentang pentingnya zaman REMAJA kerana remaja merupakan ASET TERPENTING KPD NEGARA dan menurut para cendekiawan dan alim ulama', zaman remaja merupakan ZAMAN EMAS yang paling berharga sebelum tiba zaman ketuaan. Di dalam Al-Quran sendiri ALLAH telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu, Dia menjadikan kamu KUAT. setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa"  (Surah Ar-Rum : 54)

Menurut penulis, sebagai GRADUAN, mereka perlu mempunyai fikiran yang matang, daya pemikiran yang jitu, perlu cekap memahami keadaan persekitaran, terutama skali dalam memenuhi kehendak kominiti sekeliling. Graduan juga perlulah mempunyai MATLAMAT YANG JELAS dalam mencapai cita2. Ini kerana jika graduan mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup, mereka akan terus berusaha keras untuk mencapai apa yang dicita2kan walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran hidup. Ini sekaligus menjadikan GRADUAN itu mempunyai jati diri yang tinggi di samping mempunyai pengalaman, kemahiran serta ilmu yang tinggi.

 Di samping itu, penulis juga berpendapat GRADUAN hari ini perlu membiasakan diri untuk menjadikan pencapaian gemilang orang lain sebagai asas dalam menentukan matlamat yang ingin kte tuju tersebut akan tercapai. Dari sini, kte boleh menyukat sejauh mana KEMAMPUAN DIRI kte utk mencapai matlamat yang diingini tercapai.. Memetik kata-kata hikmah Khalifah Umar Ibn Abd. Aziz di zaman pemerintahannya yang berbunyi :

"Bekerjalah untuk dunia mengikut TAHAP KEMAMPUAN kalian dan beramallah untuk akhirat mengikut TAHAP KEMAMPUAN kalian juga"

Maka, sekarang adalah masanya untuk para graduan yang baru menamatkan pengajian untuk megorak langkah ke arah yang lebih bermakna dan dihormati. Buatlah pembaharuan dan kelainan yang positif dan gunakanlah segala ilmu yang diperolehi ketika di menara gading untuk `memberi manfaat kepada org lain..
Akhir kata, hayatilah kata-kata hikmah ini..

" Jika kte tidak mampu untuk menjadi LAUTAN,
maka jadilah ANAK2 SUNGAI yang boleh direntasi oleh org ramai..
Jika kte tidak mampu untuk menjadi LEBUH RAYA YANG LUAS,
maka jadilah JALAN2 KECIL atau LORONG2 yang selamat untuk dilalui.."

Friday, May 21, 2010

.: alhamdulillah.. :.

alhamdulillah..akhirnya sy ngan kwn2 yang amik kelas microsoft managing projct dah selesai pun jwb exam smlm.. rasa lega sgt2.. dan alhamdulillah, kami semua LULUS ngan purata markah 9++/1000..

walaupun kursus microsoft ni hanya beberapa hari je, tp sy seronok sgt ngan kelas ni sbb ada kwn2 yang happening ditambah lg ngan trainer ktorng, Mr. Yap yang pada pandangan sy seorang guru yang sgt memahami+membantu+memberi pelbagai nsht+memberi peransang dan lain2.. sy sgt suka ngan cara pengajaran beliau wpun keje sbg trainer ni hanya part time beliau je..banyaklah nsht yg Mr. Yap bg kat ktorang.. especially bila dah masuk ke alam pekerjaan nnt.. Antara nasihat2 beliau ialah:

  1. bila dah keje nnt, perkara paling penting yg perlu ada pada setiap pekerja adalah sifat SABAR.. especially pekerja2 baru..Mr. Yap kata, kalau org buat xelok/kenakan kte, sabar je.. jgn sekali2 lawan.. lama kelamaan orng akan tahu jgk sape yang benar, sape yang salah..
  2. sentiasa menjaga HUBUNGAN BAIK ngan semua org kat tmpt keje tu lebih2 lg ngan manager atau supervisor kte.. ini kerana hbgn baik ini blh membantu kte untuk menjadi pekerja yg lebih baik lg.. tp ini xbermakna kte kena main "kipas-kipas" ngan bos kte eh.. ingat tu..
  3. sentiasa bekerja ngan cara yng BETUL.. betul kat sini bermaksud bekerja ngan cara JUJUR, AMANAH, BERTANGGUNGJWB, dan sifat2 baik yang lain.. jgn kerana ada increament rm100/200, kte nk jatuhkan org lain..
  4. kalau blh, bila dah dpt keje ngan sesebuah syrkt tu, kejelah dalam 2/3thn dulu..jgn baru 6bln keje kte dah xtahan atau nk ke syrkt lain yang tawarkan gaji yang tinggi sket je dr syrkt sblm tu.. sbb Mr. Yap kata, apa yang penting, kte nk PENGALAMAN.. bukannya nk kejar duit..
byk lg  lah nsht2 smpingan yang Mr. Yap bg..wpun dia bukan org Islam, tp nsht yang beliau bg tu sy tahu lahir dari hati beliau.. sbb nsht tu smpai kat hati ktorang.. huhu..sungguh sy terasa rindu nk pegi kelas microsoft tu lg.. Terima kasih Mr. Yap.. Terima kasih atas sgl nsht2 berguna yang Mr. Yap beri pada kami..

 sblm masuk amik exam..hehe..~ syahidah, lin, sy ngan kirin ;-)

Monday, May 17, 2010

Karipap-karipap Cinta

hehe..curi ms skjp.. tertarik dgn tajuk ni ms tgk metro scr online.. mcm best je tajuk ni.. sbnrnya ni tajuk buku..yang ditulis oleh Nazri M Annuar..keluaran PTS Publication and Distributors.. Jom kte tgk resepi yang telah dicipta khas oleh Saudara Nazri ni..hehe..

RESIPI Karipap-Karipap Cinta:

3 ulas rasa suka

1 botol hati gembira

1 biji rendah diri (saiz besar)

2 cawan tolak ansur

5 keping kehormatan

Secubit rasa rindu

3 batang tanggungjawab, dipotong halus

3 bekas cita-cita

10 guni kejujuran (diayak untuk membuang kata dusta)

Ramuan diadun dengan ilmu dan akal. Masukkan dalam kuali persahabatan, tunggu sehingga masak. Selepas masak, hidangkan bersama yang tersayang.

hehe..so,slps ni mana yang dah berpasangan (yang berkahwin), bolehlah amalkan ye..

.: huhu.. :.

apa khabar shbt2 sume..maaflah mana yang lawat blog tp tgk xde pape yang diubah..sama je..minggu lepas betul2 sibuk..mgkn minggu ni jgk.. ni jadual kesibukan selama minggu lepas..hehe..just nk kongsi2 je..

10 - 22 MEI : Kursus Microsoft Office Project 2007, Managing Project. Dalam kursus ni ktorang blaja skil2 untuk jadi seorang PROJECT MANAGER.. hehe..tp kalau nk jd PM, kena ada pengalaman keje dulu..at least 3thn.. ktorang kena ambik exam nnt. kalau lulus, dapatlah sijil yang diiktiraf oleh Microsoft.. Trainer ktorang kata, sijil tu ada cop tandatangan BILL GATES. x tahulah betul ke x..

15 MEI(SABTU) : habis kelas microsoft pukul 5ptg, terus blk rumah cepat2 sbb mlm tu nk pegi Maulud Nabi Muhammad S.A.W dan Haul Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani kat Masjid Negara.. Sgt ramai yang dtg mlm tu..anggaran dalam 20,000 org yang dtg mlm tu.. Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan pun dtg jgk.. Bila baca maulud Ad-Dibaie dan selawat nabi ramai2, rasa mcm terharu sgt..huhu..bergetar hati.. Alhamdulillah..dalam pada ada Pesta Belia secara besar2an kat Putrajaya pd waktu tu, msh ramai jgk umat Islam yang ingin pegi ke majlis2 agama seperti itu.. alhamdulillah..

16 MEI (AHAD) : mcm biasa pkl 7.30pg dah keluar dari rumah ke UKM..sbb kelas renang start pkl 8.30pg..byk jgklah blaja.. back-floating, side floating, and berenang sambil ambik nafas..huhu.. kena byk berlatih lg lps ni.. pastu, balik terus siap2 nk pegi rumah Maktih kat Shah Alam..ada meeting family utk majlis kawen Kaktih ngan Abg. Yunus xlama lg..so, ktorang kenalah bahagi2kan tugas utk menjayakan perkahwinan dua pasangan ni..

balik dr shah alam, trus pegi UM..duk kat Klj 11 ms kursus ni.. balik2 terus tido..huhu..xlarat betul..esoknya (ISNIN) ada kursus mcm biasa..start pkl 9pg, hbs pkl 5ptg..

hehe..begitulah seterusnya utk minggu ni.. (17-22Mei) smpailah hbs kursus.. tp lps ni mgkn lg sibuk sbb khamis ni dah nk exam utk kursus ni..so, maaflah ye shbt2 kalau sy xsempat nk reply msj kat shout box tu..

oklah, smg ALLAH sntiasa memelihara IMAN kte semua.. AMIIN.. smpai di sini shj..

Friday, May 7, 2010

.: Tazkirah Jumaat :.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, pg ni sy berkesempatan ikut ayah pegi blaja kat Surau A-Taufiqiyyah, Kajang. Mmg setiap pg Jumaat ada kelas agama yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj. Hafiz b. Selamat. Tp, sebelum kelas bermula, ada seorang ustaz iaitu Ustaz Nikmat dari Naratiwat, Thailand terlebih dahulu memberi sedikit tazkirah berkenaan dengan nikmat IMAN.. Ustaz berkata, nikmat IMAN inilah satu2nya nikmat yang dapat menarik manusia dari NERAKA masuk ke SYURGA.. dan untuk menjaga IMAN ini, kita perlulah menjaga HATI..

Ustaz juga menyambung, untuk menjaga AGAMA, kte perlulah menjaga dua perkara, iaitu:
  1. jaga AQIDAH
  2. jaga Tiang agama (SOLAT)
dalam menjaga bab solat ini, kte perlulah menjaga segala RUKUN SOLAT. dalam RUKUN QAULI(perkataan) misalnya, kte perlulah:

  1. menjaga SEBUTAN HURUF iaitu tempat keluar huruf dengan betul
  2. kalau boleh, hafaz surah2 yang boleh dihafaz. yang penting HAFAZ
  3. blaja MEMAHAMI setiap bacaan yang dibaca
  4. blaja mengAMALkan setiap apa yang dibaca didalam solat.
----------------------------------------------------------------------------------

Kelas kemudiannya disambung dengan pengajian oleh Tuan Guru Hj. Hafiz. Hari ini hanya ada satu kata-kata yang dihuraikan oleh ustaz dari Saidina Hassan bin Saidina Ali b. Abu Thalib. Daripada Saidina Hassan r.a, beliau berkata:

"Hai anak Adam! jangan memperdaya akan dikau oleh perkataan orang yang berkata seseorang itu beserta orang yang dikasihinya, kerana bahawa engkau tiada dapat akan martabat orang yang abrar yakni orang yang berbuat kebajikan itu melainkan apabila engkau amalkan dengan amalan mereka itu. Maka kerana Yahudi dan Nasrani kasih mereka itu akan Nabi, padahal tiada mereka itu serta Nabi mereka itu."

Huraian:
Sebenarnya Saidina Hassan r.a ingin menyampaikan kepada kita bahawa belum tentu seseorang yang KASIH atau rapat dengan kte, betul2 memahami dan akan bersama kte sehingga akhir hayat. Menurut Saidina Hassan, jika kte benar2 KASIH akan seseorang, kte perlulah IKUT dan TAAT setiap apa yang dia suka, benci dan sebagainya.

Sebagai contoh, kalau kte KASIH dan SAYANG akan Rasulullah s.a.w, kte patut IKUT dan TAAT segala apa yang Rasulullah s.a.w suka dan tinggalkan apa yang Rasulullah s.a.w benci.. Seperti yang dikatakan oleh Saidina Hassan, ibarat orang Yahudi dan Nasrani yang begitu bangga kerana banyak nabi2 seperti Nabi Isa, Nabi Musa dan lain2 lahir dari golongan mereka. Akan tetapi menurut Saidina Hassan, walaupun mereka seolah2 KASIH akan nabi mereka, tp golongan2 ini tidak pernah mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa dan Nabi Musa..

Begitu juga dalam konteks hubungan kte bersama ibu bapa, suami isteri dan shbt2. Jika kite benar2 KASIH akan seseorang itu, kte perlulah TAAT setiap apa yang disukai, disuruh dan turut tidak menyukai segala apa yang dibenci selagi perkara tersebut tidak bertentangan dengan perintah ALLAH..

Begitulah secara ringkas tentang apa yang sy pelajari hari ni.. semoga kte sama2 cuba MEMAHAMI dan MENGAMALKAN ilmu ini.. aminn..

Thursday, May 6, 2010

.: akhirnya... :.

Alhamdulillah... akhirnya smlm tamat jgk paper yang terakhir untuk sem ni.. ni bermakna, tamatlah jgk pengajian degree sy secara tidak formal..

huhu..rasa mcm cepat sgt masa berlalu..pejam celik, pejam celik, dah 4tahun rupanya kat jbtn fizik ni.. 5 thn jgklah maknanya kat um terchinta ni..huhu.. byk betul pahit dan manis sepanjang 5thn kat sini.. insyaALLAH..semuanya akan disimpan dalam lipatan kenangan.. buat shbt2 yg dah hbs blaja, TAHNIAH diucapkan.. mudah2an kita sume dpt menggunakan ilmu yang dipelajari untuk membantu org lain..apatah lagi untuk agama.. bagi shbt2 yg akan menghabiskan sedikit shj lagi pengajian anda, terus dan terus berusaha ye.. cepat atau lambat tamatnya pengajian bknlah satu ukuran kepandaian seseorang sebenarnya.. yang penting, ilmu yang kte pelajari tu berkat dan difahami serta dapat membantu org lain.. so, kte xperlu rasa rendah diri kalau kte lambat hbskan pengajian kn..

              ngan shbt2 final year fizik ms physics nite 2010...

hm..lps ni kena pk pasal ms depan pulak..kena rancang dengan betul dan teliti.. terlalu banyak yang perlu dipk kn.. harap2 ALLAH mudahkan segala urusan dan murahkan rezeki..  insyaALLAH ada rezeki, kte sume jumpa lg ye shbt2.. rindu kamu semua..rindu sgt nk kumpul ramai2 lagi..huhu.. oklah sampai disini shj..

Monday, April 26, 2010

.: Istimewanya epal hijau :.

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememamngnya digalakkan. lebih-lebih lagi bg mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia mampu mengurangkan kolestrol dalam badan ;)

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B, serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau juga boleh membantu mencegah:

  • Pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah
  • mengurangkan risiko PENYAKIT JANTUNG
  • membantu kesihatan membran paru2
  • membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia(boron) pada mineral tulang
  • membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah
  • membantu mengekalkan berat badan
  • mengurangkan tekanan penyakit asma
  • mengurangkan risiko BARAH
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksik dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit kemudian diletakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan rasa kesegarannya.;) Jika diamalkan selalu, ia boleh melicinkan kulit :)

sumber: Utusan Malaysia, Khamis, 21 Januari 2010


.: Syarat sah makmum mengikut imam :.

Semalam ada kelas agama kat surau taman sy.. mmg setiap hari ahad, 2 minggu sekali kelas tersebut diadakan.. kelas ini diajar oleh seorang ustaz iaitu Ustaz Zakaria.. Dalam buku Taa'lim Muata'llim ini dinyatakan ada 12 syarat sah makmum mengikut imam.. Antaranya ialah:

1)
Hendaklah sama/muafakat perbuatan zahir antara makmum dan imam.
- syarat ini membawa maksud setiap perbuatan zahir (spt rukuk, sujud, duduk tahyat akhir dll.) antara imam dan makmum hendaklah sama walaupun berbeza perbuatan batin (spt. niat smyg). Ada beberapa kes yang boleh dihuraikan tentang sama perbuatan zahir ini. Antaranya:

i)
tidak sah seorang makmum yang bersembahyang fardhu mengikut imam yang bersembahyang jenazah atau smyg gerhana matahari. Ini kerana perbuatan zahir antara imam dan makmum tidak sama. Imam yg bersmyg jenazah mahupun smyg gerhana tidak mempunyai rukuk, sujud, tahyat awal, dan tahyat akhir. Maka, makmum yang bersmyg fardhu yang mempunyai rukuk, sujud, tahyat awal, dan tahyat akhir tidak boleh mengikut imam tersebut. Begitu jgk sebaliknya.

ii)
sah smyg antara makmum yang bersymyg fardhu mengikut imam yang bersmyg sunat yg lain(spt. solat sunat rawatib, solat sunat hajat dll.) kerana sama perbuatan zahir mereka walaupun berbeza perbuatan batin (niat smyg). Begitu jgk sebaliknya.

sah jgk smyg antara makmum yang bersmyg fardhu rakaat yang panjang ( asar, zuhur, dan isyak) mengikut imam smyg fardhu rakaat yang pendek (subuh dan maghrib). Begitu jgk sebaliknya.

sah jgk smyg makmum yang bersmyg fardhu rakaat pendek (subuh dan maghrib) mengikut imam smyg fardhu rakaat yang panjang (zuhur, asar, isyak). Begitu jgk sebaliknya.

syarat sah yang ke-2 akan disambung lg...


Saturday, April 24, 2010

.: Mari belajar berenang 1 :) :.

hehehe.. bunyi mcm klakar je..
tp tulah hakikatnya yg sy mmg xtahu berenang :0
so, utk kepentingan ms hadapan, kenalah blaja jgk kn..

Alhamdulillah, hari ni sy berpeluang untuk blaja serba sedikit tentang cara2 utk berenang..
sy dan ibu bersama cikgu Wati dan anak2nya pegi blaja renang kat UKM..
first time sy bwk kete sndr ke UKM..hehe..
tp hari ni sy ngan ibu just servay2 je dulu.. takutlah jgk kalau pengajarnye lelaki..
atau campur lelaki perempuan ke.. tempat yg org llk blh tgk ke..
tp alhamdulillah..pengajar yang akan ajar kelas renang muslimah ni perempuan..
tempatnya pun agak tertutup.. khas utk org perempuan shj..
so, alhamdulillah..lps ni blhlah sy ngan ibu pegi kelas renang setiap hr ahad ;-)

hr ni sy ngan ibu just blaja 'surface2' je.. mcm mana nk tahan nafas ngan betul.. mcm mana pergerakan kaki, dan tangan dengan betul mengikut cara professioanal punye..hehe
hrp2 lps ni sy dan ibu dapat lebih banyak ilmu dan menjadi perenang professional nnt..hahaha..



.: Physics Colloquium 2009/2010 :.





Alhamdulillah..pertama kalinya bersyukur pd ALLAH kerana akhirnya sy telah melepasi salah satu "tembok besar" untuk mengakhiri pengajian degree sy kat um ni.. "Tembok besar" yang dikatakan adalah Physics Colloquium atau bahasa mudahnya..VIVA..untuk final year project..

sblm colloquium, huhu..mmg mkn xkenyang, tido tmimpi2, mandi mcm rasa xmandi kerana memikirkan adakah diri ini mampu lakukan yang terbaik untuk presentation nnt.. seperti biasa, perasaan takut dan tidak tenang ini diluahkan pada ayah, ibu, bintang_hati, dan kwn2 yg senasib.. Apatah lagi bila panel yang akan judge sy seorang yg suka tanya soalan yg bukan2..huhu.. Ayah slalu berpesan, doa banyak2.. mintak ALLAH mudahkan urusan, dan doa supaya panel sy tu xjadi nk tanya yang bukan2.. sbb doa tu kan senjata orang mukmin.. Ayah pesan lagi, untuk bina keyakinan diri apabila bercakap depan orang ramai, anggap semua org di depan kte tu seolah2 xtahu apape.. hanya diri kte sendiri yang je yang tahu..so, kte akan jd lebih yakin ;-)

Tibalah hari yang dinantikan, pd jam 9.30pg, 13 April, giliran sy untuk buat presentation.. spt biasa, sy akan membaca surah alam nasyrah dan bismillah byk2.. dan berniat di dalam hati, mudah2an diorang akan faham apa yang sy cuba smpaikan..
Pada mulanya agak gementar jgk, lebih2 lagi di depan lecturer2 yang sy segani.. Prof. Kesyav, Dr. Zurina, Dr. Abu Bakar, Prof. Raymond, dan Dr. Woon Kai Lin.. Tp alhamdullillah, dengan izin ALLAH dan berkat menghadiri dan berdoa pada majlis maulid Nabi Muhammad s.a.w dan Haul Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani bbrp hari sblm colloquium, ALLAH mudahkan sgl urusan presentation sy pd hr tu.. ternyata lecturer2 yg ada di situ faham apa yng sy cuba smpaikan dan tidak tanya soalan yang bukan2..

Alhamdulillah..
pd sebelah mlmnya, telah diadakan dinner dan majlis penyampaian hadiah di Rumah Universiti sebagai penghargaan kepada lecturer2, dan staff2 fizik, juga kepada student2 undergraduate dan postgraduate yang mengambil bahagian dalam colloquium fizik thn ini.. dan sekali lagi sy mengucapkan syukur tidak terhingga apabila dipilih menjadi salah seorang "Best Presenter" utk thn ini..
Alhamdulillah..


Akhir kata, segulung ucapan terima kasih sy ucapkan pada ibu dan ayah yang tidak putus2 berdoa agar sy dpt buat yang terbaik utk presentation tersebut..


juga kepada bintang_hati, terima kasih atas segala sokongan dari segi emosi agar sy terus berusaha tanpa putus asa..


ucapan terima kasih jgk sy tujukan kpd semua ahli lab fotonik..chong wu yi, tan chin chong, sean, jay, yu ken, lim weng hong, zam, kak ahya, kak am, kak timah dan lain2 kerana byk membantu sy dan memberi tunjuk ajar sepanjang setahun sy di lab tersebut..

juga kepada kwn2 seperjuangan, terima kasih atas segala nsht, sokongan yang telah diberikan..

juga tidak dilupakan penasihat akademik sy, Dr. Khaulah, terima kasih kerana banyak membimbing sy sepanjang empat tahun di jabatan fizik ini..


.: untuk pertama kalinya... :.

Alhamdulillah.. untuk pertama kalinya sy berjaya jgk membuat blog sendiri..hehehe..

mcm xpercaya.. sy sbnrnya dah lama sgt nk create blog sendiri..byk benda yang nk dikongsikan bersama shbt2, cuma merasakan masanya belum tiba.. sehinggalah ke hari ini..

Blog ini ditujukan kpd shbt2 yg ingin mengetahui perkembangan diri sy.. lg2 shbt2 sek. ren. seperti mariah, fauzani, dan wan. Juga xdilupakan shbt2 di samten, nadiah, pura, izzun, dan hilmi. sue, ulfah,yani dan shbt2 kisas yang lain xdilupakan. Dan khususnya buat shbt2 di um, safa, syira, ziera, umai, una,yati, shydh dan lain2, sy dah buat blog utk kte berhubung..hehe..

Terima kasih tidak terhingga juga kpd bintang_hati kerana sudi menyokong segala apa yang sy lakukan..
Smg blog ini akan memberi manfaat dari segi perkongsian ilmu, perkongsian pengalaman, dan coretan perkembangan diri sy kepada sahabat2 semua..